Tuesday, May 26, 2009

Rumahku di Pecah...

BANGI 23 Mei - Sebuah rumah teres di kawasan perumahan Bangi dipercayai telah dipecahkan pada jam 8.30 pagi oleh 4 orang pekerja warga Indon atas ketidakpuasan hati pemiliknya.
Kejadian ini menyebabkan orang ramai berasa curiga dan menyuarakan kerisauan kepada tuan rumah tersebut memandangkan majlis perkahwinan anaknya bakal berlangsung pada bulan depan sahaja. Menurut saksi kejadian, dikenali sebagai Cik Lah, beliau mendengar bunyi ketukan yang kuat dan bising menyebabkan beliau keluar rumah dan mendapati rumah tersebut telah dipecahkan.
Namun demikian, tuan rumah tersebut hanya tersenyum lebar dan berasa puas dengan tindakannya. Ini kerana beliau mendapat sokongan padu daripada ahli keluarganya yang terdiri daripada suaminya dan 7 orang anaknya. Masing-masing menyatakan kegembiraan hati dan sentiasa mempamerkan senyuman yang manis.
Ekoran daripada kejadian itu, tuan rumah mengarahkan pekerja-pekerja Indon tersebut membina kembali dinding rumah berkenaan tetapi diganjakkan sedikit ke hadapan rumah mereka. Hasil daripada soal siasat yang dijalankan didapati tuan rumah hanya ingin membuat sedikit pengubahsuaian terhadap rumah mereka bagi menambah keluasan bolehguna dan memberi keselesaan kepada penghuninya sahaja.
Kuang...kuang...kuang...leh jadi wartawan x? hehehe...hari ni aku agk kebosanan dan keletihan dgn pelbagai masalah so merapu skit bagi menghiburkan hatiku sendiri....hehehe...sebenarnya umah aku tgh renovate skit di bahagian hall...so aku ni kerisauan le skit...2 yg penat 2...penat pike kot...ye la takut de problem yg mendatang..lari budget ker...huhuhu haru jadinya...maklum le budget kecik...adik aku dh le nak kawin nie...sehingga kini masih lagi dalam pembinaan....bila nak siap pun aku xtau...dah tiga malam umah aku tak berpintu n tingkap...tido pun, tido2 ayam jer...takut org masuk umah...huhuhu...serik dah...penah dah org masuk umah...bis handpone aku baru pake sebulan...handpone mak, ayah n adik serta handbag aku pun lesap...huhuhu...mintak simpang le kejadian itu berulang...kepada pemecah2 rumah tue g le rumah yg besar2 skit...baru le habuannya byk...umah aku pe yg de...huhuhu...

6 comments:

Irfan Rayyan Ridzuan said...

Cik puteri, jagan la risau.. rumah anda akan menjadi sgt cantik nnt, cuma harap bile Irfan dh pandai jln, dia tak kemas rumah u nnt ;0)

weeda said...

wat saspen jer citer..hahaha

Putri Essie said...

Mama Irfan - riso jg le.. tkt budget lari n xsiap ikut ms yg dijangkakan..t haru plak..xlama dh majlisnye...huhuhu...bdk2 biase le mgemas umah 2...tp luas le sikit Irfan nak menjelajah...menguatkan otot2 kaki t...hehehe...

Weeda - hehehe...saja jer...tukar angin...hehehe

dhiy@ piNkY said...

aku igt apa td.. ko ni wt kezutan jek lah.. hampeh.. tdo ayam mst x lena.. ko try tdo itik lak.. ada perubahan x? hahahaaha

Nem0 o0h Nem0 said...

haha ingatkn nape la td.. =p

Putri Essie said...

hehehe...skunk aku dh cuba tido2 itik2...hehehe...