Tuesday, July 7, 2009

Majlis Bersanding Adindaku Fieza & Fairul

Majlis bersanding pihak pengantin perempuan...
Berlangsung pada 28 Jun 2009 (Ahad)...
Di Bandar Baru Bangi, Selangor...
Tema majlis adalah peach, orange & krim....



Diraikan oleh ahli keluarga, sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat handai dan rakan seangkatan...
Majlis dimulai dengan alunan Marhaban yg diimport dari Bangsar (Kumpulan Marhaban Opahku)...puji-pujian ke atasNya dan junjungan Nabi Muhammmad...
Disusuli dengan jamuan makan....
Paluan kompang ketika ketibaan pihak pengantin lelaki...
Kedua2 mempelai bersanding....makan beradap&bersuap...potong kek...
Di samping alunan lagu2 selamat pengantin baru didendangkan dan karaoke...
Pasangan pengantin jg tidak ketinggalan menyampaikan lagu Seiring dan Sejalan...



Meriah juga majlis pada tika itu...
Ramai jg jemputan yg hadir...
Terutama saudara-mara...time nie le baru nk berjumpa dan beramah-mesra...de 2 aku xkenal pun dorg 2 sapa...nak panggil pe... atok? pakcik?abang?adik?
hehehe...de 2 aku plak yg kene dipanggil Opah, makcik...tua beno rasanya aku...sbb yg panggil g2 bkn le budak kecik tapi adalah sebaya atau lebih dewasa drpd aku...huhuhu...

Kepada semua yg hadir terima kasih bebanyak yer...
Kerana telah sudi memeriahkan majlis kami...
Kepada persatuan penduduk, org kampung, jiran tetangga dan semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung ribuan terima kasih diucapkan...
Jasa kalian akan dikenang...kerana telah menjayakan majlis ni dengan sempurna...
Moga majlis ini mendapat keberkatan dan keredhaanNya...
Moga jodoh adikku berpanjangan & kekal ke akhir hayat...
Moga kau berbahagia selalu...
Tahniah...


No comments: