Monday, January 10, 2011
Ana Raffali ~ Tolong Ingatkan Aku
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
.: Layan ~ Ok la lagu nie..ley layan...upload pn sebab da menang tu AJL 25 smlm...pe pn tahniah Ana Rafali..moga terus maju di masa hadapan dan buat kejutan lagi :.
Friday, January 7, 2011
Kegunaan Public Phone & Duit syiling!!
Perbualan telefon antara PutriEssie dan adik bongsunya, Azam yang sedang mengikuti latihan PLKN di Kuala Kubu Baru...
Putriessie : Hello, aaazaaammm...winduuuu...(sedikit menjerit)
Azam : Winduuu kew....?? (bunyi mcm ada elemen touching di situ..hihi)
Putriessie : Windu la...lama dgr ko merepek...hahaha... amacam PLKN??
Azam : *Yeay...!! (bunyi seperti diiklan sabun pencuci tue...sabun jenama BOOM kowt)
Putriessie : Hahaha...tetiba je ko...ha amacam?sonok x kat sana?kena buli?
Azam : Ok jer...xde pape pn...
Putriessie : Ni ley tepon nie? hpone xkena mik??
Azam : Hpone kena mik..dowg simpan... ni azam pake public phone jer...
Putriessie : Oooo...nk ckp ngan mak x?
Azam : Ley ugek.
(Telefon pn diserahkan kepda mak yang dirindui...)
* Rupa2nya azam jawab cm2 sbb abg aku Angah da kenakan dia sblm 2...hahaha...Angah tya "Amacam latihan?"..pastu si Azam jawab "Ok la"...Angah kata dia jwb slh, patutnya "Yeay!!"..hahaha... lawak2... padan le time aku tya tiba2 je dia jwb cm2... =P
Time2 cmni la br ko kenal public phone kan?? Duit syiling kan??
Br ko tau betapa pentingnya kedua2 tu...hehe..
Pandai pn ko gunakan dalam keadaan terdesak mcm 2 kan?? Da hphone kena kuarantin...
Almaklum la... budak2 skrg mn nk kenal PUBLIC PHONE?? DUIT SYILING??
Pandang pn xnk rsnya...
Ye la mereka lebih mengenali HANDPHONE dan TOPAP...
Yang lebih mudah dan lebih selesa..krn ia harta peribadi...
Berbanding dengan public phone...nama pn public...utk kegunaan ramai...
Kalo nk guna kena la tunggu turn...kdg2 kena bratur panjang.. que utk dapat peluang menggunakannya...
Huhu..
Teringat plak zaman2 belajar dulu...
Nak tepon mak ayah punya la jenuh tunggu...bratur panjang..
Yang hanginnya bila ada budak bergayut dgn awek/pakwenya 2-3jam...dari diri sampai da terduduk...grrrr~
Geram jerk..bila org buat harta public..mcm harta dia...muka slumber...xmo langsung bagi ruang kat owg len...
Kita yg nk tepon mak ayah nk tya kabar 5-10 min pn jenuh nak menunggu...
Tp sanggup je..janji dpt lepas windu pada family...
2 la kalo budak2 skrg da de hpone pn susah sgt nk contact family... tya khabar.. mereka mmg akn sedey...ye la kan xde alasan spatutnya..
Pakwe ley plak tya slalu erk??tp mak ayah?? ermmm... insyaallah..aku xkn...mana2 aku g, aku mesti bawa family aku...esp mak ayah.. sentiasa di hati aku nie...
Kerana mereka owg yang paling aku sayang di dunia nie...mmuuaah2...Love u so much! <3>
Apa pun...kepada Azam yang dirindui... Rindu kew??ahaha...windu la ugek erk.. lama da xdgr dia wat lawak.. merepek2...almaklum le adik bongsu...dr kecik sampai besar le dimanja...
Rajin2 la tepon mak ayah yea... Dowg sentiasa wiso and windu kan ko...
Ayah hari ke 3 da tertya2 keadaan ko kat sana...
"Da brp malam yea Azam xtido kat sini?? Cmne la dia kan sana yea??"
Hehe...cayang tul bapak kat ko...jadi budak yang bek tau...bagi ayah n mak sentiasa hepi jerk... Wokey...semoga kamoo lebih cemerlang di masa hadapan...
Wednesday, January 5, 2011
Sahabat Selamanya (OST Upin dan Ipin) ~ PADI

Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
Kerna..
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Layari http://putriessie.blogspot.com/
Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda untuk saling mengisi segala kekurangan kita
Menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya.. Selama-lamanya setia..
Tiada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk diselami..
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya.. Setia..
Tuesday, January 4, 2011
Slot Akasia TV3 TIRAMISU ~ Kegilaan terkini..
Best jgk citenya..jalan ceritanya...penyampaiannya 2 aku suka...
Mmg syok lah layan di petang2 hari setelah seharian penat bekerja...
Citenya pn santai jerk...
X heavy pn..xperlu pike teruk2 nk paham cite nie...
2 yang layanzzz tue...
Cite nie pelakon utamanya ialah Sharifah Amani yang berlakon sbg Melur dan Pierre Andre sbg Dani Mirza...
Adik Mia Sara pn ada yang berlakon sbg Ayesha... 2 yg lagi aku sk tgk 2..budak Mia ni kan comel...aku kiranya peminat dia ugek la...hehe...2 yg menguatkan lagi kesukaan aku kat cite nih..
Pelakon2 lain antaranya Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik).
Al-Fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof..yg telah meninggalkan kite baru2 nie... Aku suka ugek tgk dia berlakon... slumber jer cara dia... mmm moga2 arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. dan tenang di sana...
Sinopsis:
sumber: http://www.myvitrd.com/
‘Tiramisu’ mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Jangan lupa saksikan TIRAMISU di slot AKASIA mulai 27 Disember 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3.
Jom layanzzz...best cite nih.. (^-^)
Monday, January 3, 2011
Hari Bersamanya ~ Sheila on 7

Friday, December 31, 2010
SELAMAT TINGGAL 2010 yg menjadi kenangan... SELAMAT DATANG 2011 yang penuh pengharapan..
Banyak kenangan... pahit... manis... suka... duka...
Yang takkan dapat dilupakan...
Dan akan menjadi iktibar dan pengalaman yang mengajar kita menjadi lebih dewasa..
Dalam menempuhi kehidupan yang penuh cabaran...
Ada azam yang telah tercapai...
Ada juga yang masih terkapai-kapai...
Tak kurang juga yang hancur berkecai...
Itulah takdir kita yang telah terungkai...
Walau bagaimanapun aku bersyukur...
Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Tuhan Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh hamba2Nya...
Kata-kata itulah yang menjadikan pegangan dan kekuatan dlm aku mengadapi dugaan dan cabaran hidup ini...
Aku ingin menjadi hambanya yang sentiasa bersyukur dan tidak kufur nikmat...Insyaallah...
Oleh itu, aku harus redha dgn ketentuan dan takdir Yang Maha Esa...
Tahun 2011...
Pelbagai azam dan impian dicipta...
Pelbagai misi dan strategi dirangka...
Usaha dan doa perlu disulam bersama...
Supaya perancangan menjadi nyata...
Insyaallah...
Begitulah tahun 2011 ku yang penuh pengharapan...
Yang masih menjadi persoalan...
Mengharapkan impian menjadi kenyataan...
Walaupun ku tahu kita hanya mampu merancang Tuhan jualah yang menentukan...
Sebagai manusia biasa...
Sudah tentu aku inginkan kecemerlangan di masa depan...
Bukan sahaja di dunia malah di akhirat sana...
Moga aku tak putus asa dalam mengecapinya...
Walaupan terpaksa berhadapan dengan pancaroba...
Mohon Tuhan mempermudahkan...
Memberi petunjuk dan hidayahNya buat pedoman...
Untuk hambaNya yang lemah dari kesesatan...
Tunjuki aku jalanMu yang lurus Ya Allah Ya Rahman...
~ Moga tahun ini lebih baik dari tahun hadapan ~ (^_^)
Tuesday, December 28, 2010
Lab Rat : Braces 7/2010 ~
Hook adalah seperti gambar di atas
Sumber: yahoo image
Tapi masa Dr. pasang dawai tersebut ada kejadian yg xdiingini berlaku...
Alangkah sakitnya aku pada ketika itu..huhu...
Dr. ley xperasan yg dia dah terkepitkan bibir aku masa dia pintal dawai tu... sakit yang amat..
Berair yea mata menahan kesakitan itu...huhuhu..
Sabo je la...sib bek xberdarah bibir aku...
Siap je sume.. Dr. bagi sekeping kertas nota dan suh mik x-tray gigi kat tingkat 3...
Yang diperlukan untuk tujuan kajian beliau...
Setibanya aku di tempat x-tray...
Aku pn masuk dan berjumpa dgn petugas di situ dan menyerahkan nota tersebut...
4 batang gigi perlu di x-tray.. sumenya gigi no.3...
Sekali lagi aku menderita kesakitan...huhu..
Sakit rasanya bila dimasukkan filem tu ke mulut dan kite kena gigit alat yg pegang filem 2...
Berair2 lagi mata aku menahan rasa sakit itew...setiap kali ditukar utk setiap batang gigi...
Maklumla berat benda 2 kena tampung dgn gigitan kita je...bila alat 2 kena gusi n langit2 kita yg agak lembut 2 sakit yang amat la jadinya...
Pulak 2 budak praktikal yg buat...terkial2 dan sik salah jer...lagi lama la aku kena bertahan...lagi lama la langit2 aku tertekan ngan benda tajam itew...huhuhu...
Skrg da de ulser di dalam mulut nie...sakit tue...
Pepn sabar je la...
Ni la akibat dan masalah yang perlu ditanggung oleh pemakai braces...
Kesakitan!! mmg kite xdpt lari pya...
Harap2 aku terus tabah untuk meneruskannya sehingga peringkat yang terakhir..
Amin....
